Mesyuarat terakhir AJK Pengelola |
En. Masly Wahip, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau sedang mempengerusikan mesyuarat akhir |
Mesyuarat terakhir AJK Pengelola Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Kali Ke-44, 2012 berlangsung pada 19 Mac 2012, 9.00 pagi di Bilik Pegalan, Pusat Kegiatan Guru Daerah Keningau. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh En. Masly Wahip, Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Mesyuarat turut dihadiri oleh En. Jeromie Jolly dan semua ketua AJK Kecil Pengelola.
Mesyuarat akhir tersebut bertujuan memastikan setiap AJK yang dilantik telah bersedia sepenuhnya untuk melaksanakan tugas semasa kejohanan tersebut.
Pada akhir mesyuarat, PPD berharap setiap ahli dapat menjalankan tugas masing-masing dengan bersungguh-sungguh demi kelancaran dan kejayaan penganjuran kejohanan pada kali ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan