20 Mac 2012

Jemputan Mesyuarat Pengurus Pasukan


Kepada;
Penolong Pengarah Kanan Sukan,SPK JPN.
Penyelaras Balapan dan Padang Unit Sukan SPK, JPN.
Pengerusi JK Pemeriksaan Dokumen
Semua Pengurus Pasukan dan 3 jurulatih setiap Bahagian.

Tuan,
MESYUARAT PENGURUS PASUKAN KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MAJLIS SUKAN SEKOLAH SABAH KALI KE 44, 2012

Adalah saya diarah untuk menarik perhatian tuan berhubung perkara di atas.

2.  Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:

                TARIKH:                27 Mac 2012
                MASA     :               02.30 Petang
                TEMPAT :             Bilik Mesyuarat Gunasama
                                                Tingkat Satu, Bangunan Persekutuan, Keningau

                AGENDA :             1.Ucapan Pengerusi
                                                2. Ucapan Penolong Pengarah Kanan Unit Sukan SPK            
                                                3.Taklimat dari Pengerusi Teknik MSS Sabah.
                                                4. Laporan Pemeriksaan Dokumen [M01 / R01]
                                                5. Hal-hal lain.

3.  Sehubungan itu, tuan adalah dengan sukacita dijemput untuk menghadiri mesyuarat tersebut. Kerjasama tuan dalam perkara ini diucapkan setinggi penghargaan.
Sekian dan terima kasih.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...