28 Mac 2012

MSS SABAH, 2012 - HARI PERTAMA

Kejohanan Balapan dan Padang MSS SABAH Ke-44 2012 sedang berlangsung di Kompleks Sukan Keningau. Hari ini merupakan hari pertama kejohanan yang melibatkan 6 bahagian iaitu bahagian Barat, Utara, Pedalaman, Sandakan, Selatan dan Tenggara. 

Pagi ini, baharu sahaja selesai berlangsungnya acara-acara suku akhir 100m lelaki dan perempuan bagi semua kategori serta acara-acara peringkat akhir bagi Lompat Kijang dan Lempar Cakera bagi kategori lelaki 18 tahun ke bawah .

Kejohanan MSS SABAH ini telah memberi keterujaan kepada penyokong kontinjen untuk memberikan sokongan kepada para atlet yang menunjukkan kebolehan dan ketangkasan masing-masing. Kejohanan ini disemarakkan lagi dengan 'yell' setiap kontinjen yang terlibat. Syabas dan tahniah kepada para atlet yang berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir.   
100m Lelaki 18 Tahun Ke-bawah Suku Akhir
100m Perempuan 18 Tahun Ke-bawah Suku Akhir
Lompat Kijang Lelaki 18 Tahun Ke-bawah Akhir
Selamat Maju Jaya
Catatan oleh: Jeshilla & Noorafidahwati(Wartawan Muda SMK Gunsanad)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...