27 Mac 2012

Jemputan kepada semua wartawan media

Kepada semua wartawan media seperti surat khabar, radio, radio komuniti 'online', radio amatur, blogger, pemilik portal dan laman-laman sosial.

Seperti mana dimaklumi bahawa Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012 akan berlangsung pada 28 - 31 Mac 2012. Sehubungan itu pihak, AJK Pengelola sangat mengalu-alukan tuan/puan untuk membuat liputan serta siaran pemberitahuan kepada orang ramai terhadap program ini.

Di atas kerjasama tuan/puan, amatlah dihargai dan diucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih.

p/s: AJK Kecil Rakaman, Publisiti dan Dokumentasi mengambil kesempatan mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada KENINGAU FM di atas sumbangan menyiarkan program ini kepada orang ramai, khususnya kepada warga pedalaman. Siaran KENINGAU FM boleh diikuti melalui saluran 98.4 MHz.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...