Jeritan dan sorakan (yell) mereka tentu masih terngiang-ngiang di telinga setiap atlet mahupun peminat sukan balapan dan padang yang datang menyaksikan kejohanan MSS Sabah, versi ke-44, 2012 di Stadium Kompleks Sukan Keningau. Apa tidaknya, pelbagai corak lagu dan kata-kata sorakan berbentuk perangsang dan sokongan kepada setiap atlet kedengaran dari mereka. "Sorakan berlagu" bahkan semakin gamat apabila atlet bersungguh-sungguh mempamerkan kehebatan mereka. Hairan dan kagum, sorakan nyaring mereka tidak pernah luntur dan pudar, bermula acara seawal jam 7.00 pagi hingga ke petang, selama 4 hari kejohanan berlangsung. Siapakah mereka? Dari manakah mereka datang?
Kita lihat wajah-wajah dan gelagat mereka dari dekat.
Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat, pengetua dan guru-guru penasihat dari SMK Keningau, Keningau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan