28 Februari 2012

Lagu Tema Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Kali Ke-44, 2012


Hakcipta Terpelihara © 2012: Tidak dibenarkan mengguna. Sebarang peniruan, penggunaan, mencetak/menyalin, membuat rakaman semula atau menyiar tanpa keizinan dari pemilik boleh dikenakan tindakan.
BERSAMA KITA PAMERKAN KEHEBATAN
Selamat berkunjung salam perpaduan
Keningau indah penduduk mesra
Tempat berhimpun atlet pilihan
Menuntut pingat berbagai acara

**
Semua atlet hebat belaka
Tunjuk kepantasan impikan kemenangan
Pintas memintas resahkan kontinjen
Sorakan gemuruh tingkatkan semangat

Korus
Bersama kita pamerkan kehebatan
Bersaing kita mendakap emas
Rekod baru jadi buruan
Mencipta sejarah MSS Sabah

Hari ini kontinjen bahagian
Esok kita kontinjen negeri
Bawa cabaran di kebangsaan
Ikrar capai sasaran baru
** Korus / Ulang rangkap 1 /** Korus

Maklumat Lagu Tema:
Penulis Lirik  &  Pengurus:  En. Delsum Abdullah (Pegawai Cemerlang UPK, PPD Keningau)
Lagu & Melodi:  En. Ronney Francis Marcillenus dan En. Michael Rajimin
Susunan Muzik:  En. Ronney Francis Marcillenus
Penyanyi: En. Mohazar Iksham Bin Mahat 

Nota: 'Bandwidth' terhad daripada OPENDRIVE.COM. Jika anda tidak dapat mendengar audio, ini disebabkan 'Bandwidth' (status percuma) penggunaan fail audio telah habis pada hari ini.

26 Februari 2012

Logo Rasmi Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Kali Ke-44, 2012

Logo rasmi Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Kali Ke-44, 2012 dilancarkan pada 25 Februari 2012. Pelancaran dilakukan sebaik berakhirnya Kejohanan Balapan dan Padang Peringkat Bahagian Keningau 2012. Logo rasmi ini direka oleh Encik Abdul Gani Ajim, guru Pendidikan Seni dari SMK Keningau, Keningau.

Berikut ialah keterangan bagi setiap elemen yang terkandung di dalam imej logo rasmi tersebut:

IMEJ TANDUK PAYAU : 
TANDUK PAYAU BERSAMPANG 6 SEBAGAI MASKOT TUAN RUMAH KEJOHANAN IAITU MEWAKILI 6 BAHAGIAN YANG MENYERTAI KEJOHANAN INI
NOMBOR 44 :
MELAMBANGKAN KEJOHANAN KALI KE 44 ( XXXXIV)
IMEJ CAKERA, PELURU DAN AKSI ATLIT MELEMPAR CAKERA: 
MELAMBANGKAN SEBAHAGIAN DARIPADA ACARA PADANG

IMEJ BALAPAN DAN AKSI ATLIT BERLARI: 
MELAMBANGKAN SEBAHAGIAN DARIPADA BALAPAN DAN 6 LORONG BALAPAN MEWAKILI  6 BAHAGIAN YANG MENGAMBIL BAHAGIAN
Encik Abdul Gani bin Ajim, pereka logo rasmi Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Kali Ke-44, 2012

Hakcipta Terpelihara © 2012: Karya dimiliki sepenuhnya oleh En. Abdul Gani bin Ajim. Tidak dibenarkan mengguna. Sebarang peniruan, penggunaan, mencetak, menyiar tanpa keizinan dari pemilik boleh dikenakan tindakan.

18 Februari 2012

Pelan Daerah Keningau - Lokasi Penginapan Kontinjen

Untuk lebih jelas, sila klik gambar.
Lokasi sekolah menengah Daerah Keningau - Penginapan kontinjen
Nota: Lakaran peta ini tidak mewakili skala jarak sebenar.

15 Februari 2012

Maklumat Penginapan Kontinjen

Kepada ketua dan pengurus penginapan semua kontinjen, maklumat penginapan kontinjen setiap bahagian boleh di 'download' di laman Muat Turun.

Selamat datang ke Daerah Keningau.

8 Februari 2012

Mesyuarat Ke-3, AJK Kerja Pengelola Kejohanan Balapan & Padang MSSS ke 44, 2012

Mesyuarat AJK Pengelola kali ke-3
Mesyuarat berlangsung pada 7 Februari 2012 bertempat di Bilik Piombolutan, PPD Keningau. Mesyuarat kali ke-3 ini dipengerusikan oleh Puan Betty Leong, Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Keningau. Mesyuarat telah dihadiri oleh semua ketua AJK Pengelola.

Atlet Kelahiran Daerah Keningau


Selain daripada Rayzam Shah Wan Sofian, siapakah lagi jagoan balapan dan padang kelahiran daerah Keningau? Malangnya, hampir tidak ada catatan yang ditemui. Setelah semakan dibuat, berikut ialah maklumat awal yang ada:
1.   Dominic Karim
      ARAFURA Games, Darwin, Australia, 1991
      Gangsa 400m (49.28)
      Perak 800m (1:57:37)
2.   Lawrence Sirut
      ARAFURA Games, Darwin, Australia, 1991
      Gangsa 400H (55.50)
      Rujuk di sini: ARAFURA GAMES

Justeru, kewujudan Blog Rasmi Kejohanan Balapan & Padang MSS Sabah edisi ke-44, 2012 sekurang-kurangnya menyediakan sedikit ruang catatan serta maklumat sejarah kelahiran atlet Negeri Sabah yang bakal bersinar. Tidaklah nama mereka lenyap begitu sahaja ditelan waktu dan masa yang berlalu.

2 Februari 2012

Sejarah Daerah Keningau


Kulit kayu manis
Daerah Keningau pada suatu masa dahulu terkenal dengan pokok kayu manis atau lebih dikenali sebagai "POKOK KONINGAU" oleh penduduk tempatan.
Anak benih pokok kayu manis
Di dalam istilah saintifik, kayu manis dipanggil Cinnamomun Burmannii dan tergolong dalam familia Lauraceae. Kayu Koningau terkenal sebagai bahan rempah dalam masakan.
Pokok kayu manis yang telah dipotong
Hiasan batang pokok dan kulit kayu manis
Permintaan yang tinggi terhadap kayu manis menyebabkan daerah ini begitu terkenal di kalangan penduduk tempatan dan saudagar asing.  Mereka memberi gelaran "Kampung Keningau" kepada daerah ini sempena nama pokok kayu Koningau, bertujuan memudahkan mereka mengenali kawasan sumber utama kayu manis.
Hiasan berasaskan kulit kayu manis
Hiasan kulit kayu manis
Nama KENINGAU terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di bahagian pedalaman Sabah

Salah sebuah kampung yang aktif menghasilkan produk berasaskan pokok kayu manis ialah GDW. Kg. Tudan Baru, Keningau. Sesiapa yang berminat mengetahui lebih lanjut tentang produk kayu manis, sila hubungi En. Ahmud Hj Saribin di 019-8625352.

Rujukan: Keningaukini.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...