11 April 2012

Perlukah blog ini ditutup?

Hari ini, 11 April 2012, genap 11 hari Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012 melabuhkan tirainya. Bilakah pula giliran blog ini melabuhkan tirai? Atau, perlukan blog ini ditutup dan dipadam terus?

Sebelum itu, sehingga menjelang tengah malam hari ini, blog ini dan setiap halamannya telah pun dilawati oleh lebih 10,000 pelawat. Perlu juga dimaklumi bahawa entri atau catatan ini adalah yang ke 58 di dalam blog ini. Terdapat juga beberapa catatan yang belum disiarkan kerana catatan itu masih berstatus draf. Admin menjangkakan hanya ada 1 atau 2 catatan lagi yang akan menyusul sebelum blog ini ditutup.

Berikut merupakan statistik pengunjung yang dicatatkan oleh penyedia perkhidmatan Blogspot.com terhadap blog ini.

Statistik 1
Selain daripada negara kita, Kejohanan MSS Sabah Ke-44, 2012 telah diikuti dari beberapa buah negara lain iaitu Amerika Syarikat, Rusia, Jerman dan lain-lain seperti tercatat di gambar Statistik 1 di atas.

Statistik di bawah menunjukkan bilangan catatan yang paling banyak dikunjungi bertajuk, "Lagu Tema Kejohanan Balapan & Padang MSS Sabah Ke-44,2012", iaitu sebanyak 119 paparan. Ini diikuti oleh catatan bertajuk, "Daerah Keningau Hos MSS Sabah 2012", sebanyak 107 paparan.

Statistik 2
Statistik halaman pula, halaman yang terbanyak dikunjungi ialah halaman "Muat Turun", sebanyak 769 paparan, diikuti oleh halaman "Rekod" dan "Konologi" sebanyak 375 kali dikunjungi.
Statistik 3
Statistik 4 menunjukkan Operating System komputer yang digunakan oleh pengunjung untuk mendapatkan maklumat kejohanan MSS Sabah versi ke-44, pada kali ini. Jelas sekali, pengguna Microsoft Windows mendominasi pengunjung sebanyak 86%.
Statistik 4
Manakala paparan Statistik 5 menunjukkan bahawa pelayar internet berjenama Firefox, Chrome dan Internet Explorer lebih diminati oleh pelawat berbanding pelayar lain semasa mengunjungi blog ini.
Statistik 5
Bersambung: di dalamnya..... Siapa yang turut membantu? Terima kasih buat mereka.

8 April 2012

Pasukan Sorak: Bukan sekadar penyeri kejohanan

Jeritan dan sorakan (yell) mereka tentu masih terngiang-ngiang di telinga setiap atlet mahupun peminat sukan balapan dan padang yang datang menyaksikan kejohanan MSS Sabah, versi ke-44, 2012 di Stadium Kompleks Sukan Keningau. Apa tidaknya, pelbagai corak lagu dan kata-kata sorakan berbentuk perangsang dan sokongan kepada setiap atlet kedengaran dari mereka. "Sorakan berlagu" bahkan semakin gamat apabila atlet bersungguh-sungguh mempamerkan kehebatan mereka. Hairan dan kagum, sorakan nyaring mereka tidak pernah luntur dan pudar, bermula acara seawal jam 7.00  pagi hingga ke petang, selama 4 hari kejohanan berlangsung. Siapakah mereka? Dari manakah mereka datang?

Kita lihat wajah-wajah dan gelagat mereka dari dekat.

Terima kasih kepada semua pelajar yang terlibat, pengetua dan guru-guru penasihat dari SMK Keningau, Keningau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...