31 Mac 2012

Keputusan Keseluruhan Hari Keempat (Akhir)

Keputusan keseluruhan kutipan pingat emas dan kedudukan kontinjen Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012
Sumber:
Bahagian Perangkaan

Keputusan Penuh Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012

Keputusan penuh Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012 kini boleh dimuat turun di Laman Muat Turun blog rasmi ini.

Sumber bahan:
Bahagian Perangkaan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012.

Menyamai Rekod - Acara 400 meter Lari Berpagar

Farinah Basirin ( Atlet lari berpagar- perempuan 18 tahun ke bawah )
30 Mac - Farinah Basirin, itulah nama pemegang rekod bagi acara 400 Meter lari berpagar kategori perempuan 18 tahun ke bawah. Catatan masa acara kegemarannya menyamai rekod lama iaitu 66.8 saat.

Catatan dan Gambar: Nurhidaya dan Melissa (Wartawan Muda SMK Gunsanad)

Catatan Rekod Baru Acara 3000 meter Berjalan Kaki Kategori Perempuan 15 Tahun Ke Bawah

Shellvie Koh Swe Chin

Sekali lagi adik Shellvie Koh Swe Chin ,atket kontinjen pedalaman, telah memecahkan rekodnya yang terdahulu iaitu 16:38:4 saat pada tahun 2011. Beliau telah memegang rekod baru pada 31 Mac, iaitu dengan catatan masa 16:14:9 saat dalam acara 3000 meter berjalan kaki kategori perempuan 15 tahun ke bawah.

Sumber: Bahagian Perangkaan
Catatan dan gambar: Melissa dan Nurhidaya (Wartawan Muda SMK Gunsanad)

Rekod baharu tercipta lagi


Irsyadul Rahim Jamil(kiri), Mohd. Haimin Robert(kedua kiri), Nurzaimi Jais(kedua kanan), dan  Ibrahim Saldam(kanan)



Pada pagi ini, 31 Mac 2012, acara 4 x 100 meter bagi kategori lelaki 15 tahun ke bawah telah mencatat rekod baharu. Rekod lama iaitu 44.8 saat yang dipegang oleh kontinjen Sandakan pada tahun 2008 telah pun dipecahkan oleh atlet daripada kontinjen Tenggara dengan catatan baru iaitu 44.3 saat. Rekod ini dipegang oleh adik Irsyadul Rahim Jamil, adik Mohd Haimin Robert, adik Nurzaimi Jais dan adik Ibrahim Saldam.

Sumber : Bahagian Perangkaan
Catatan dan Gambar oleh : Shafiqah dan Melissa (wartawan muda SMK Gunsanad)

Keputusan Terkini

Keputusan kutipan pingat dan kedudukan terkini, 12.00pm, 31 Mac 2012
(Harap maaf, gambar kurang elok)
Sumber:
Paparan skrin Bahagian Perangkaan.

30 Mac 2012

Keputusan Hari Ketiga

Jumlah kutipan pingat dan kedudukan setiap kontinjen pada 30 Mac 2012
Sumber:
Paparan skrin Bahagian Perangkaan

Catatan Rekod Baharu Acara 110 meter lari berpagar kategori lelaki 15 tahun ke bawah


Mohd. Jazlan(kanan) bersama dengan jurulatihnya En. Mohd. Suphian(kiri)
Catatan baru telah direkodkan pada petang ini, 30 Mac 2012, dalam acara lari berpagar 110 meter kategori lelaki 15 tahun ke bawah. Rekod lama iaitu 14.9 saat yang dipegang oleh atlet kontinjen sandakan pada tahun 2008 telah pun dipecahkan oleh adik Mohd. Jazlan Ims Jenner daripada kontinjen tenggara dengan catatan rekod terbarunya iaitu 14.8 saat.

Sumber: Bahagian perangkaan
Catatan dan Gambar: Melissa, Nurhidaya, Jennifer dan Shafiqa (wartawan muda SMK Gunsanad)




Rekod Baharu Acara 800 M - Lelaki 18 Tahun ke Bawah

Rick Marseel ( rekod baru acara 800 meter)
Kejohanan Balapan dan Padang sekali lagi membawa rekod baharu dalam acara 800 Meter lelaki 18 tahun ke bawah. Rekod lama iaitu 2 minit telah dipegang oleh Rick Marseel daripada wakil kontinjen pedalaman dan telah dipecahkan oleh Rick Marseel sendiri iaitu 1:58.7s. Ini merupakan pencapaian yang cukup hebat kepadanya.

Selain daripada itu, adik Rick merupakan atlet Sukan Saga baru-baru ini yang juga diadakan di daerah keningau, Rick Marseel telah mendapat tempat pertama dalam kejohanan 800 meter dan juga telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk Sabah kerana dapat melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. 

Dalam temu ramah yang dijalankan bersama Rick Marseel, cabaran utama yang dihadapi sebagai atlet semasa pertandingan ialah cabaran dari aspek mental kerana meninggalkan sekolah untuk jangka masa yang panjang. Untuk pengetahuan tambahan, adik Rick bersekolah di SMK Tenom dan mula bergiat dalam acara tersebut sejak tahun 2007.

Jurulatih utama Rick Marseel bermula dari guru-guru SMK Tenom, seterusnya dibimbing oleh kumpulan jurulatih pasukan pedalaman yang dipimpin oleh Cikgu Azman. Dari segi latihan, Rick berlatih di 'trek' seperti 'drill' yang standard berdasarkan 'work-out' yang direka oleh jurulatihnya, Di samping itu, dia juga ke 'gym' untuk senaman menguatkan otot kaki. Menurutnya, pendorong utama ialah ibu bapa, rakan sekolah, rakan sepasukan dan jurulatih.

Akhir sekali pesanan daripadanya ialah, "Jangan takut, cuba saja" dalam apa saja yang dilakukan untuk mencapai kemenangan.

Catatan dan Gambar: Nurhidaya Amsa dan Melissa Mea (Wartawan Muda SMK Gunsanad)

Profil: Penyandang pingat acara melempar cakera kategori lelaki 15 tahun ke bawah

Charles Rino Lawrence - Emas acara lempar cakera Lelaki 15 Tahun Ke Bawah

Nama penuh: Charles Rino Lawrence
Sekolah: SMK Nambayan Tambunan
Pasukan: Pedalaman
Acara: Lempar Cakera Lelaki 15 Tahun Ke Bawah
Pencapaian: Emas
Jarak lemparan: 42.35 Meter
Pertama kali menyertai kejohanan MSS Sabah 2012.
Md. Asmizie bin Abdul Fatah


Nama penuh: Mohd Asmizie bin Abdul Fatah
Sekolah: SMK Desa Kencana
Pasukan: Tenggara
Acara: Lempar cakera kategori lelaki 15 tahun ke bawah
Pencapaian: Perak
Jarak lemparan: 39.48 Meter
Mula bergiat dalam acara melempar cakera ketika berumur 13 tahun.
Kali pertama mewakili Tenggara ke MSS Sabah, 22012



Catatan dan Gambar: Jennifer Justin dan Melissa Mea Arcena (Kumpulan Wartawan Muda SMK Gunsanad, Keningau)

Rekod Baharu: Lompat Tinggi Lelaki 15 Tahun Ke Bawah


 Ketiga Gabryel Siew (kiri), Johan Rex Roland (tengah) dan Naib Johan Asman Arwan  (kanan)

Lompatan adik Rex Roland ( Gambar: En. Ashyari)
Sekali lagi catatan baru direkodkan pada pagi ini dalam acara lompat tinggi kategori lelaki 15 tahun ke bawah. Rekod lama iaitu 1.84 meter yang dipegang oleh kontinjen Utara pada tahun 2010 telah dipecahkan oleh adik Rex Roland pada pagi ini, 30 Mac 2012, wakil daripada kontinjen Pedalaman dengan rekod terbarunya iaitu 1.85 meter.

Manakala naib johan disandang oleh adik Asman Arwan atlet kontinjen Utara pada ketinggian 1.74 meter dan tempat ketiga disandang oleh adik Gabryel Siew, atlet kontinjen Barat juga pada ketinggian yang sama dengan naib johan cuma kalah jatuhan.

Catatan dan gambar: Melissa Mea Arcena dan Jennifer Justin (Wartawan muda SMK Gunsanad)

29 Mac 2012

Terima Kasih Bayangan FM - Radio Online Komuniti

Paparan pautan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012 turut diiklankan oleh sebuah laman Radio Online Komuniti, Bayangan FM secara percuma.
Pautan (Kanan bawah) ke Blog Rasmi MSS Sabah Ke-44, 2012
 Radio Online ini diurus oleh En. Erwan Jail.
DJ Erwan
 
Portal Radio Online Komuniti Bayangan FM menyediakan perkhidmatan seperti permintaan lagu-lagu hiburan serta menawarkan ruang iklan perniagaan dengan bayaran yang amat berpatutan.

Terima kasih kepada seluruh warga kerja Bayangan FM. Boleh bah kalau kau.

Foto: Penyampaian Pingat dan Sijil




Upacara penyampaian pingat dan sijil.
Tahniah kepada yang berjaya.

Gambar: Noorafidahwati, Shafika, Jeshilla (Wartawan Muda, SMK Gunsanad)

Keputusan Hari Kedua

Kedudukan kutipan pingat setiap kontinjen pada 29 Mac 2012
Sumber:
Bahagian Perangkaan, Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012

Lagi Catatan Rekod Baharu

Satu lagi rekod baharu tercipta hari ini apabila atlet Kontinjen Pedalaman bagi kategori lelaki 18 tahun ke bawah melakukan catatan masa 1:58.7s bagi acara 800 meter akhir. Rekod lama 2:00.5s dicatatkan pada tahun  2010 di Tawau, mampu bertahan selama hampir 12 tahun oleh atlet Kontinjen Barat.

Di Sebalik Lagu Tema "Bersama Kita Pamerkan Kehebatan"

"Bersama Kita Pamerkan Kehebatan", merupakan tema Kejohanan Balapan dan Padang ke-44, 2012, dan lagu yang dipersembahkan berdasarkan tema tersebut merupakan lagu kejohanan yang dicipta pada kali ini. Pencipta lirik bagi lagu yang berkarismatik tersebut merupakan seorang Pegawai Cemerlang UPK, Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, iaitu En. Delsum Abdullah.

Menurut beliau, lirik lagu yang dicipta olehnya membawa mesej tertentu terutamanya kepada para atlet yang bertanding. Melalui temu ramah ringkas yang dijalankan, katanya, antara mesej lirik tersebut adalah bagi mengalu-alukan kedatangan semua kontinjen dari seluruh negeri Sabah. Selain itu, lagu tersebut adalah sebagai dorongan untuk para atlet agar bersaing secara sihat dan bersemangat. Beliau juga ingin menyatakan hasratnya melalui lagu yang dicipta, memohon agar para atlet mempamerkan segala kebolehan yang ada supaya dapat melayakkan diri ke peringkat yang lebih tinggi. Tambahnya lagi, lirik lagu tersebut merupakan simbol ikrar untuk mereka mencapai sasaran baru di peringkat seterusnya iaitu menuju ke arah yang lebih cemerlang dengan mendapatkan pingat emas yang lebih banyak berbanding kejohanan sebelumnya. Akhir sekali, beliau berkata, dengan adanya kerjasama antara semua pihak nescaya mereka boleh bersaing dengan lebih mantap pada peringkat seterusnya sebagai sebuah pasukan hebat yang telah dibentuk bersama.

Ingin diselitkan sekali, mereka yang telah berjaya mencipta lagu dan melodi bersesuaian dengan lirik tersebut adalah merupakan seorang Pengerusi Teknik Muzik dan seorang Pengerusi Teknik Koir di Pejabat Pelajaran Daerah Keningau, iaitu En. Ronney Francis Marcillenus dan En. Michael Rajimin. Penyanyi asal lagu ini ialah En. Mohazar Iksham bin Mahat selaku Pengerusi Teknik Kebudayaan Pejabat Pelajaran Daerah Keningau.
En. Delsum Abdullah (penulis lirik)
En. Ronney Francis Marcillenus - Penggubah lagu dan melodi
En. Michael Rajimin - Penggubah lagu dan melodi
En. Mohazar Ikhsam Mahat - Penyanyi lagu "Bersama Kita Pamerkan Kehebatan".
Catatan dan gambar:
Melissa Mea Arcena, Jennifer Justin, dan Jeshilla Anastasia Julius (Wartawan Muda SMK Gunsanad)

Di sebalik tabir Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah

Penjaga masa

Pasukan Bertugas lalu lintas SMK Gunsanad
Pasukan Bertugas Ko- Khidmat MSS Sabah
Pasukan Bertugas Lalu Lintas MSS Sabah
Pasukan Bertugas Lalu Lintas MSS Sabah
Pasukan RELA  Keningau
Pasukan Publisiti dan Rakaman Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah
Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Juru Perangkaan Kejohanan MSS Sabah
Pengurus penyampaian hadiah
Juru acara majlis
Jurukamera   Kejohanan MSS Sabah
Penjaga masa
Jurukamera Kejohanan MSS Sabah

Hakim-hakim acara lompat tinggi

Jurukamera Kejohanan MSS Sabah

Jurukamera Kejohanan MSS Sabah

Catatan dan gambar:
Melissa Mea Arcena dan Nurhidaya Amsa (Wartawan Muda SMK Gunsanad)

Rekod Baharu Acara Lontar Peluru Lelaki 15 Tahun Ke Bawah

Jordan Jude Ellron
29 MAC - Rekod acara lontar peluru yang dipegang oleh Daniel Mojiun dari Kontinjen Utara sejak tahun 2007 berjaya diperbaharui oleh Jordan Jude Ellron dari kontinjen Barat dengan catatan baharu 13.09m. Walaupun adik Jordan berjaya memecahkan rekod, namun masih tidak berpuas hati kerana tidak dapat mencapai sasaran peribadi. 


Sumber: Bahagian Perangkaan
Catatan dan Gambar: Noorafidahwati & Shafika (Wartawan Muda, SMK Gunsanad)

Gambar oleh Cikgu Nordin Kemad, SK Pasir Puteh, Keningau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...