31 Januari 2012

Rayzam Shah Wan Sofian – Atlet Kebangsaan Kebanggaan Daerah Keningau


Rayzam Shah Wan Sofian
Siapa tidak mengenali atlit bernama Rayzam Shah Wan Sofian. Anak jati kelahiran Daerah Keningau ini pernah mengharumkan nama negara apabila menggondol emas dengan catatat rekod baharu di dalam acara kegemarannya di Sukan Sea Korat, Thailand pada tahun 2007. Pernah bersekolah di SMK Gunsanad, Keningau, beliau adalah anak kepada Wan Sufian Rufino, juga merupakan bekas atlit yang pernah mewakili negara (MSSM). Kejayaan yang beliau kecapi turut diwarnai oleh jurulatih peribadinya Ramie Abu Bakar (juga bekas atlit). Catatan rekod Rayzam Shah Wan Sofian di dalam acaran 110m berhalangan, kejohanan balapan dan padang MSSS Sabah masih belum terpadam sejak tahun 2006.

26 Januari 2012

Blog Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012

Blog ini diterbitkan khas untuk bagi kejohanan padang dan balapan MSS Sabah kali ke 44, 2012. Blog ini diterbitkan oleh Ahli Jawatankuasa Publisiti, Dokumentasi dan Rakaman MSS Sabah 2012 sempena berlangsungnya kejohanan ini di pedalaman, Sabah. Kami mengharapkan segala maklumat berkaitan aktiviti di kejohanan ini akan dapat disiarkan dan dimanfaatkan oleh masyarakat ramai.

Daerah Keningau - Hos MSS Sabah 2012

Daerah Keningau sekali lagi diberi tanggungjawab menganjurkan Kejohanan Padang dan Balapan MSS Sabah kali ke 44, 2012. Kejohanan kali terakhir berlangsung di pedalaman Sabah ialah pada tahun 2005 bertempat di Kompleks Sukan Tambunan. Pada tahun ini, Stadium Kompleks Sukan Daerah Keningau akan menjadi arena utama kejohanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...