28 Mac 2012

Tirai kejohanan dibuka secara rasmi

Datuk Dr. Haji Muhiddin bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah (Gambar: Cikgu Nordin Kemad, SK Pasir Puteh, Keningau)
Perasmian Pembukaan Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah ke-44 2012 telah disempurnakan oleh Datuk Dr. Haji Muhiddin bin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah pada petang, 28 Mac 2012, bertempat di Kompleks Sukan Keningau

Acara majlis pembukaan kejohanan dimulakan dengan nyanyian lagu 'Negaraku', lagu 'Sabah Tanah Airku' dan juga lagu '1 Murid 1 Sukan'. Seterusnya, perbarisan lintas hormat setiap kontinjen berlangsung dengan didahului oleh pasukan pancaragam SM Ken Hwa, Keningau

Di dalam ucapannya, Datuk Dr. Haji Muhiddin bin Yusin menggesa para pelajar agar bergiat aktif dan berusaha bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri dalam bidang sukan. Selain itu, masyarakat perlu bersama-sama menggerakkan sukan dengan menggalakkan anak-anak muda menyertainya bagi melahirkan modal insan cemerlang selain mempunyai semangat yang kental serta tubuh badan yang sihat. 

Acara perasmian pembukaan diteruskan dengan bacaan ikrar kejohanan yang diketuai oleh adik Farinah Basirin daripada Kontinjen Pedalaman disusuli larian obor oleh 9 orang atlet juga daripada Kontinjen Pedalaman. 

Majlis diakhiri dengan persembahan lagu tema kejohanan "Bersama Kita Pamerkan Kehebatan", berlatarkan tarian pelbagai budaya dan etnik rakyat Malaysia.

Catatan dan gambar:
Kumpulan Wartawan Muda, SMK Gunsanad, Keningau

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...