1 Mac 2012

Siaran Penting Untuk Semua Penyelaras Kontinjen Bahagian

Kandungan surat: 

Siaran 2
MAKLUMAT KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KALI KE 44 2012 MELALUI CAPAIAN BLOG RASMI PENGELOLA
Adalah saya diarah merujuk kepada perkara di atas.
2. Sukacita dimaklumkan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Bahagian Pedalaman akan mengelola Kejohanan Balapan dan Padang kali ke- 44 MSS Sabah 2012 pada 28 – 31 Mac 2012,  di Kompleks Sukan Keningau.

3. Jawatankuasa pengelola di bawah AJK Publisiti telah mewujudkan laman blog khas untuk pengelolaan kejohanan dan tuan-tuan adalah digalakkan untuk mengakses blog ini di http://msssabah2012.blogspot.com untuk memuat turun maklumat penting. Sila maklum bahawa borang pendaftaran rasmi yang lengkap perlu diemail semula kapada En Bonnie Rudolf, bz2818@ymail.com pada atau sebelum 05 Mac 2012.  Cetakan asal borang yang ditandatangani oleh SU Agung serta pengurus pasukan wajib dibawa bersama semasa mesyuarat undian lorong pada 14 Mac 2012.

4. Kerjasama dan perhatian tuan dipohon supaya dapat mematuhi isi kandungan kronologi untuk mengelak sebarang kelewatan. Sebarang pertanyaan mengenai blog ini sila hubungi pegawai meja, En. Mustafa Malisin, 013 8729110.

Sekian terima kasih
“ KE ARAH KECEMERLANGAN SUKAN ”

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...