30 Mac 2012

Rekod Baharu Acara 800 M - Lelaki 18 Tahun ke Bawah

Rick Marseel ( rekod baru acara 800 meter)
Kejohanan Balapan dan Padang sekali lagi membawa rekod baharu dalam acara 800 Meter lelaki 18 tahun ke bawah. Rekod lama iaitu 2 minit telah dipegang oleh Rick Marseel daripada wakil kontinjen pedalaman dan telah dipecahkan oleh Rick Marseel sendiri iaitu 1:58.7s. Ini merupakan pencapaian yang cukup hebat kepadanya.

Selain daripada itu, adik Rick merupakan atlet Sukan Saga baru-baru ini yang juga diadakan di daerah keningau, Rick Marseel telah mendapat tempat pertama dalam kejohanan 800 meter dan juga telah memberi sumbangan yang besar kepada penduduk Sabah kerana dapat melayakkan diri ke peringkat kebangsaan. 

Dalam temu ramah yang dijalankan bersama Rick Marseel, cabaran utama yang dihadapi sebagai atlet semasa pertandingan ialah cabaran dari aspek mental kerana meninggalkan sekolah untuk jangka masa yang panjang. Untuk pengetahuan tambahan, adik Rick bersekolah di SMK Tenom dan mula bergiat dalam acara tersebut sejak tahun 2007.

Jurulatih utama Rick Marseel bermula dari guru-guru SMK Tenom, seterusnya dibimbing oleh kumpulan jurulatih pasukan pedalaman yang dipimpin oleh Cikgu Azman. Dari segi latihan, Rick berlatih di 'trek' seperti 'drill' yang standard berdasarkan 'work-out' yang direka oleh jurulatihnya, Di samping itu, dia juga ke 'gym' untuk senaman menguatkan otot kaki. Menurutnya, pendorong utama ialah ibu bapa, rakan sekolah, rakan sepasukan dan jurulatih.

Akhir sekali pesanan daripadanya ialah, "Jangan takut, cuba saja" dalam apa saja yang dilakukan untuk mencapai kemenangan.

Catatan dan Gambar: Nurhidaya Amsa dan Melissa Mea (Wartawan Muda SMK Gunsanad)

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...