24 Mac 2012

Persiapan menjelang berlangsungnya Kejohanan Balapan dan Padang MSS Sabah Ke-44, 2012

Sepanjang minggu akhir menjelang kejohanan, setiap AJK Kecil Pengelola melakukan persiapan terakhir untuk menyambut acara sukan balapan dan padang yang terbesar sekolah-sekolah Negeri Sabah. Di antara yang sempat ditinjau ialah sekitar persiapan persembahan yang akan dipersembahkan semasa majlis perasmian pembukaan nanti.
Perbarisan masuk permulaan persembahan
Persembahan tarian gabungan guru dan pelajar
Di antara variasi persembahan tarian
Persembahan rangkaian tarian akan dipersembahkan berlatar lagu tema kejohanan "Bersama Kita Pamerkan Kehebatan", yang akan disampaikan oleh Cikgu Muhazar Ikhsam Mahat.
Cikgu Muhazar Ikhsam Mahat
Cikgu Delsum Abdullah (berbaju putih), pencipta lirik lagu tema kejohanan "Bersama Kita Pamerkan Kehebatan"
Sementara itu, AJK Rakaman, Publisiti dan Dokumentasi (RPD) turut membuat persiapan dengan melakukan beberapa siri mesyuarat dan perbincangan. Bengkel penggunaan dan pengendalian kamera video secara "Multiple Camera Production" (MCP) juga telah didedahkan kepada kru rakaman dan penerbitan. Jika tidak ada aral, rakaman acara pembukaan rasmi akan disiarkan secara langsung di monitor besar "score board".
Score Board tercanggih di Negeri Sabah, milik Stadium Kompleks Sukan Keningau
Score Board ini dikendali dan diawasi oleh seorang pegawai khas dari Kompleks Sukan Keningau, En. Mickley Mintik.
Encik Mickley Mintik
Taklimat dan bengkel AJK RPD
Juruteknik dari sekolah-sekolah terdekat turut membantu di dalam kejohanan ini.
Manakala Blog Rasmi ini nanti akan dikendalikan oleh petugas media yang terdiri daripada 6 orang Wartawan Muda (pelajar Tingkatan 6 Atas) SMK Gunsanad, Keningau, di bantu oleh 2 orang guru pembimbing dan di bawah kendalian En. Erwan Jail, Pegawai Teknologi Pendidikan, PKG Keningau.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...